Wednesday 29 January 2014

2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap

2.  PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.
Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.


PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.  Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,  Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masaAhli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang PengakapAhli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap.




UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1.  Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
2.  Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang-orang yang di bawahnya,
3.  Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.
4.  Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan pangkat.
5.  Pengakap adalah seorang yang sempurna  pekerti dan sentiasa berbudi.
6.  Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7.  Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
8.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya walaupun dalam masa kesusahan.
9.  Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
10.  Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

No comments:

Post a Comment