Wednesday 29 January 2014

2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap

2.  PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.
Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.


PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.  Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,  Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masaAhli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang PengakapAhli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap.




UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1.  Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
2.  Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang-orang yang di bawahnya,
3.  Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.
4.  Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan pangkat.
5.  Pengakap adalah seorang yang sempurna  pekerti dan sentiasa berbudi.
6.  Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7.  Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
8.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya walaupun dalam masa kesusahan.
9.  Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
10.  Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

1. Lambang Pengakap Malaysia & Dunia

1.  LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA
1.  LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


      Lambang Pengakap Malaysia
    • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
    • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
    • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
    • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
    • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
    • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
    • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
      Hijau "Pengakap Muda",

      Merah "Pengakap Remaja"
    • Budak-budak memahami makna-makna L
      ambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan
  • Format Ujian :
    Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.



2.  LAMBANG PENGAKAP DUNIA



Lambang Pengakap Dunia




  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.

1. Lencana Keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut.  Untuk LULUS Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut


  1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
  2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap
  3. Lima Prinsip Rukun Negara
  4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap
  5. Sejarah Pergerakan Pengakap
  6. Cerita Hutan
  7. Laung Agung
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan sedunia yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa lambang pengakap di atas latar biru tua itu dipakai pada saku kiri kemeja (uniform pengakap)

Lencana Keahlian

Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak (PKK)

Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap.  Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Lencana wajib yang perlu diperolehi terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian.  Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU LENCANA WAJIB iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang.  Dalam peringkat Pengakap Kanak-Kanak ini, TIGA (3) Lencana kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikut skim ini iaitu


  1. Lencana Keris Gangsa
  2. Lencana Keris Perak
  3. Lencana Keris Emas
Disamping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.

Pendahuluan

Pengakap Kanak-kanak adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila ia memasuki pergerakan pengakap.  Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

Untuk menjadi pengakap kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum sampai 13 tahun.  Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umurnya sampai 13 tahun dan bersekolah di sekolah menengah rendah.

Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau perempuan dewasa.  Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan.

Atas dasar inilah wujud Sistem Sekawan di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak.  Sistem ini adalah asas kepada peringkat lebih atas iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.  Sistem sekawan ini juga berdasarkan Sistem Patrol yang diamalkan di dalam Unit Pengakap Muda dan Unit Pengakap Remaja.

Setiap Sekawan dikenali dengan nama warna seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Hijau, Sekawan Kuning, Sekawan Kelabu dan Sekawan Perang.  Sistem Sekawan menekankan kepada pemimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan.  Kebanyakan kanak-kanak inginkan peluang untuk menjadi pemimpin dan adalah penting untuk Pemimpin Kanak-kanak menyediakan peluang sedemikian.  Pengakap kanak-kanak yang bertanggungjawab diatas sekawan dipanggil Ketua Sekawan.

Ketua Sekawan akan dilantik oleh Pemimpin Pengakap Kanak-kanak berdasarkan kualiti kepimpinannya dan di bantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan.

Rekod Peribadi

Nama Pengakap:.........................................................................................................................................
(HURUF BESAR)

Tarikh Lahir:.........................................................  No KP:.........................................................................

No Ahli:...............................................................  No Kumpulan:...............................................................

Daerah:................................................................  Negeri:..........................................................................

Alamat Kumpulan:.......................................................................................................................................

............................................................................  No Telefon:...................................................................

Pangkat:......................................................................................................................................................

BIL.  LENCANA / TANDA CEMERLANG                                       NO SIJIL                       TARIKH

  1. Lencana Keahlian                                                                    ..........................         .......................
  2. Lencana Wajib - Ahli Renang                                                  ..........................         .......................
  3. Lencana Wajib - Penunggang Basikal                                      ..........................         .......................
  4. Lencana Keris Gangsa                                                            ..........................         .......................
  5. Lencana Keris Perak                                                              ..........................         .......................
  6. Lencana Keris Emas                                                               .........................          .......................
  7. Rambu Pengakap Kanak-kanak                                             ..........................          .......................
         (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)


Pengenalan

Salam Hormat
Salam Pengakap
Salam 1 Malaysia

Diharapkan penerbitan laman sesawang ini dapat membantu semua pengakap kanak-kanak di daerah jempol, negeri sembilan dan pengakap Malaysia.

Laman sesawang ini membantu pengakap dalam penyediaan bagi melengkapi buku log lencana mengikut tahap masing-masing.

Tahap-tahap skim lencana pengakap kanak-kanak adalah

  1. Lencana Keahlian  - bagi ahli baru
  2. Lencana Keris Gangsa - Tahun 4
  3. Lencana keris Perak - Tahun 5
  4. Lencana Keris Emas - Tahun 6
Maka pemimpin sekolah dapat meletakkan target/sasaran tahun semasa berapakah pencapaian yang ingin diperolehi.  Ini juga dapat membantu meringankan beban tugas pemimpin pengakap yang baru dan kurang mempunyai kepakaran dalam kepengakapan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol 
negeri sembilan; 
Encik Sulaiman bin Malik, 
SMK Seri Jempol, 
72120 Bandar Seri Jempol, negeri sembilan
hp:  013-3715117, 06 4584061 (sekolah), 06 4985344 (rumah)